Tuesday 2 August 2011

the past......................=(

nk cerite skit mgenai orng yg penah aku syg @ admire @ minat,,,,,,,,,,,,,,=)
mcm2 kngn ngn die nih..

bile tringt blik...sedih pon ade....

aku tulis kt sini coz aku rse nk delete dh and nk bakor dh aku punye kertas yg aku smpan sejak aku f4 lg,,,,

tahun 2008,,,lame la jgak kan...

ni kisah die.....=) enjoy read it....=)

####################################################


"ish, tepi sikit...aku nak duduk ni"
"hahaha...tak boleh, kerusi ni milik aku..."
"syah !!!... plez, jangan buat aku naik angin..."
"ok, ok... aku serender... nah, ambik la nak duduk... tak nak nyer aku kerusi burok engkau ni..."

syah beredar sambil menunjukkan memek muka seolah olah memerli Ida..
######################################################


"faham??"
"aduh, sakit la oit!"... 
Syah menggosok kain seluar nilon hijau yang dipakainye sambil matanya merenung mata Hash yang mencubitnya akibat akal fikiran Syah yang jauh mengelamun meninggalkan kelas. Hash yang tidak faham dengan perlakuan Syah hanya mampu memerhati. Mungkin lain kali dia akan bertanya kepada syah mengenai perkara tersebut.

"kau ni aku tengok senyum semacam je masa kelas cikgu Isa tadi. Apa kes?"
"dah la kaku, pastu senyum sorang sorang plak... macam ape entah".. Hash meneruskan hujahnya.

"ah, mana ada aku senyum. Aku faham la apa yang diajarkan oleh  Cikgu  Isa tadi, lagipun itu kan asas sahaja, prep petang ni aku tenok la balik ape yang dia ajarkan tadi..."

Syah dan Hash menurunianak tangga dengan perlahan. satu persatu diikutinya. Masa rehat yang singkat itu diunakan sepenuhnya. seperti sedia kala, selepas makan Syah akan meniggalkan Hash bersama rakan-rakannya. syah akan ke aras 3, kelas 3 al-hambali.


"Wei, jom r jumpe ustaz, dah lewat nih..."
"nanti ustaz marah pulak, lagipun folder gambar aku tak susun lagi..."

"ah, ko pergi la sorang, buat ape aku nk ikut!"

"Ida, plez...!!!"

"ok, fine, baiklah tuan. Tapi tuan peri la dulu,  nanti saya ikut dekat belakang tuan..."
"tuan tu lelaki, saya ni perempuan. Bahaya lelaki dan perumpuan berjalan bersama sama..."
"nanti apa pulak budak budak lain cakap."
"kau tahu jela mulut budak-budak nih..."
"nanti kecoh satu kampong."

"ok, aku tunggu ko dekat atas, jangan tak datang pulop."

Syah menaiki tangga ke aras 4. Seperti biasa, Syah akan memeriksa folder-folderyang akan diserahkan kepada Ustaz Hasman, selaku penasihat Sidang Redaksi majalah sekolah tersebut.
"Ish, lambat betul anak dara sorang nih..." Syah merungut seorang diri.

Sedang Syah sibuk merungut...
"Ha, datang pon. Aku ingatkan tak datng dah tadi. Ana datang tak?"
"Ehem-ehem, dah dah latuh megusik perumpuan, aku ni ko tak nak usik pulak?" Putra menyindir Syah.
"Ha, ustaz ada pesan tadi, die nak check gambar dalam folder kelas petang ni, dalam pukul 4.20 petang ni."
"Sekarang tak boleh coz ustaz ade keje dengan Cikgu Imran." Putra menyambung.


###########################################################################

Syah, Putra, Ida dan Ana datang ke bilik sidang redaksi. Seperti biasa, sebelum menugu ketibaan ustaz, Putra dan Ana akan berborak bersama-sama. Syah sudah faham akan perangai Ptra yang cuba memenangi hati Ana dari dulu lagi.

"Syah, tolong aku, komputer ni hang la..."
"Ish ko nih, itu pun tak reti ker? Meh sini..."
yah tersentap senyap. Mata tajam Ida merenung tepatke mata Syah. Ida terus menarik tangannya, melangkah sedikit kebelakang.
"Subhanallah, Ida maaf. aku tak sngaja."
"Lain kali bagilah aku tarik tangan aku dulu..."
"ni tetibe jer rampas mause ni dari tangan aku..."
"tak baik ok...berdose berdose."
"Ok, sorry Ida. Sorry sangat-sangat. Aku janji tak buat lagi."


#####################################################################
Syah menjenguk ke dalam kelas 3 Al-Hambali, ternampak Ida sedang kusyuk memerhati kehadapan, memberi tumpuan sesi penajaran sjarah. Seumpama fitrah bagi syah, setiap kali die melalui kelas tersebut, matanya akan secara automatik akan memandang kelas tersebut. Ada sahaja yan ingin dilihatnya. Sekian lama mengenali Ida.
Semenjak tahun 5, syah sudah mula memendam perasaan terhadap Ida. Tapi syah tidak sesekali memberitahu dan menatakan kepada orang lain. Biarlah dia sahaja yan mengetahuinya. Baginya, dia tidak la sesempurna Ida.
Ida yang merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarganya, seringkali menjaga tingkah lakunya ketika berhadapan dengan orang lain. Terutama lelaki yan baru sahaja dia kenal. Hendak  dibandingkan dengan Syah, Ida jauh lebih baik. Syah lebih sosial dan secara sesuka hati berborak-borak dengan perempuan lain. Bagi Ida, amat payah untuk berhubung dengan lelaki, meskipun dengan lelaki kelasnya. Syah agak beruntung kerana Ida yang merupakan rakan lama kenalannya, tidak bertindak seperti Ida dengan lelaki-lelaki lain. Syah tahu, Ida bukanlah sejenis yang sombong, tetapi demi menjaga batas pergaulan itu penting.Baginya, amat perlu untuk seorang wanita menjaga maruah mereka terutama sebagai wanita muslim.

"Kau aku tengok asyik pandang tingkap tu jer..."
"minat dekat Ida ker?"
"Eh, mana ada! Aku cuma tangok ciku yan menajar diorang tuh."
"Erm, aku paham SYAh,,," 
"aku nih Hash la, berapa lama dah aku bersahabat dengan ko..."
"aku paham sangat la dengan ko tuh..."
"kau ingat aku tak tahu gmbr dekat Langkawi dalam wallet kau tuh..."
"tu gambar kau dengan Ida kan?"
"Eh, itu gambar kami berramai-ramai la, bukan aku dengan Ida berdua je..."
"lagi pon, sape la aku nih."
"Eleh, yela-yela... aku paham sangat dengan kau tuh... Aku paham."

Syah sengaja mengalih topik kerana dia tidak mahu memberitahu Hash akan perasaan nya itu. Dia tidak mahu orang lain berangapana yang dia akan bertepuk sebelah tangan. Biarlah dia seorang sahaja yang tahu dan memendam peraasaan itu. Mungkin sekarang belum tiba masa nya lagi. Syah berharap suatu hari Ida akan tahu jugak dan paham perkara ini semua.


#####################################################################




"Ida, kau nk ikut aku tak? Aku nak bawak kau gi jalan-jalan makan angin dekat kuantan..."
"Ish, kau ni Syah, Subhanallah, apelah yang kau mengarut nih...?"
"Ala, ape salahnya...?"
"Kau ni buang tebiat ke ape, tetibe nak ajak aku kuar, oh tidak tidak..."
"laki dan pompuan tu weyh..." dahi ida berkerut.
"Ah, aku kasi gimik jer tadi...hahaha"
Syah ketawa kepada Ida. Ana yang berada disebelah Ida turut ketawa. Ida mula memasamkan mukanya, seolah-olah merajuk. Biasalah, hati perempuan, agak mudahh tersentuh. Ida duduk dan mendiamkan diri. Senyap tanpa sebarang kata-kata.
"Ida, sorrylah, Syah berurau jela tadi..."
"Syah mengusik je tadi."
Ida masih mendiamkan diri.Syah hampir gelabah.
"lebih baik aku terus terang jelah." detik hati Syah.
"Ida, ni ustaz bagi."
"Kau bacelah surat ni, pastu tengok  baik-baik samada kau nak terima tawaran ini atau tidak..."
"kalau kau terima, isi segala butir peribadi kau..."
"cepat sikit tau, nanti kasi dekat aku semula surat tuh."
Ida senyap tanpa sebarag kata. Tangannya menggapai surat yang diberikan Syah.
"Kem Kewartawanan Muda Peringkat Negeri Pahang."
"Apa ni?" Ida mula bersuara.
"Erm... kau, aku, Putra dan Ana terpilih untuk peri ke situh, dekat kolej IKIP..."
"Kuantan jela... pastu 3hari tau, setuju tau...hehehe."
"Erm... baiklah." Ida bersuara.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
########################################################################
.
.
.
"Salam, Ida cepatlah sikit, ustaz dah tunggu dekat depan nih."
Ida dan Ana bergegas ke kereta ustaz.
"Nah, tolong ambvik beg nih." Ana bersuara sambil menghulur beg ke arah Putra.
"Ida bagi beg kau dekat aku, biar aku yang bawa."
"tak ape;ah Ana, biar aku bawak sendiri la."
.
.
.

Kuhanya harap keikhlasan,
Dan kurindukan keramahan,
Aku ingin kemesraan,
Berkekalan berpanjangan.
Mengasihimu dikasihi,
Menyayangi mu disayangi,
Merindui dan dirindui,
Saling mengerti dihati.

Alunan kemerduan suara dari kumpulan Intim bergema di corong radio kereta Unser milik Ustaz Hasman. 
Suasana di dalam kereta menjadi senyap. Masing-masing melayan perasaan. Tiba-tiba wajah Ida muncul did epan Syah. Syah cuba menghalangnya dari terus muncul. Entah mengapa, Syah dapat merasakan seolah-olah hatinya mahukan wajah itu muncul.
"Kamu compem nak pergi sini?"
"Entahlah Encik, sya pon tak pasti lagi samada mahu pergi ataupun tidak..."
"lagipun kalau saya pergi sambung belajar di Selangur, emak dan ayah sya susah sikit hendak datang menjenguk..."
"kalau dekat sini tuh, dekat sahaja, senang lah sikit."
"Eh, Ida." Syah menyapa Ida.
Ida meluru masuk kedalam pejabat untuk berjumpa dengan Encik Yussry selaku kerani di sekolah tersebut.
"Erm, kau dapat sekolah mana? aku dapat sambung dekat Sela
ngor dengan Maran..."
"wow, bestnya ko, untunglah lelaki, banyak kelebihan..."
"aku dapat dekat J2 jela..."
"tak apelah Ida, tak kisah kau further mana pun, yang penting diri kau tu, samada mahu belajar ataupun main-main..."
"belajar la rajin-rajin ea, mana tahu kita boleh jupa dekat universiti nanti"
"Ah, tak hendak aku jumpa kau lagi, entah-entah kau dah berjaya nanti dah lupakan aku." Ida bersuara.

Syah terjaga dari lamunanya.Memori bersama semasa darjah enam tidak akan dilupakan. Pesan Ida semasa mereka mahu berpisah sentiasa diingatinya.
"KAU INGAT, JAGA SAHSIAH KAU KAT SANA NANTI"


Setelah beberapa bulan menyambung pelajaran, Syah  tetap disekolah lamanya. Tetapi Ida pula tidak. Ida memohon pertukaran dari J2 kesekolah yang sama dengan Syah.  Dia berasa sangat seronok.. Hal itu telah diketahui oleh Syah, dan itu yang membuatkan Syah terkobar-kobar mencari Ida. Syah juga tidak sangka, akhirnya Ida memohon pertukaran di sekolah tersebut.









###############################################################################



"Ok, ustaz bagi kamu rehat, nanti datang jumpa ustaz kat Mcd." Ustaz Hasman memesan  kepada mereka.
"Erm, Ida jom teman aku pergibuang sampah ini jap..."
"aku nak ajak Putra, die dengan Ana entah kemana menghilang aku tak tahu."
"Sorry la Syah, aku bukan tak nak, tapi takkan kite berdua sahaja?"
"Ye, aku tahu, tapi takkan kau nak duduk sorang-sorang kat sini?..."
"lagi bahaya, lagipun kita just jalan-jalan jela..."
"bukan nak lebih-lebih pun. Aku pun tak hendak."
"Erm, baiklah Syah, Ida rase elok juga kalau kita jalan-jalan tepi gigi air tu."
"Hahaha...okey okey."

Terukir senyuman dibibir Syah. Terkejut juga Syah bila Ida mempelawanya untuk menemani ida pergi bersiar-siar di tepi pantai. Cuaca yang senja, mathari hampir terbenam beserta dengan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan Syah seolah-olah mahu lebih mengenali Ida secara dekat. Tapi bukan sekarang, mungki waktu dan masa yang sesuai nanti akan menjadi penentu segala-galanya Kejayaan mereka dalam merangkul tempat ke empat daripada 32 buah sekolah yang menyertai pertandingan kewartawanan itu merupakan kengan indah mereka bersama yang akan Syah ingat smapai bila-bila.




########################################################################




"Announcement, attention please."
suara lantang Nadiah menyebabkan hampir semua budak kelas itu tertumpu kepadanya.
"Korang nak tengok tak ape yang aku pegang ni...?"
"berita hot, SYAh ade tulis atas kertas yang die berminat dengan sorang budak pompuan skul nih..."
"Wow, Syah dah ade pujaan hati." Farini menyampuk.
"Farini, kau tak perasan ker. lepas Syah balik dari kem arituh, perangai die lain skit."
"Jaran dah die borak-borak ngan perempuan..."
"dah tak sosial la tuh. Hahaha" Nadiah ketawa.

Suara-suara sumbang yang menyampuk percakapan Nadiah terberhenti seketika apabila mereka melihat Syah berada di depan pintu kelas.

"Woi, korang nih, tak ada kerje lain ker?"
"Itu kertas member aku la. Member aku letak dalam laci aku tuh."

Syah merampas kertas yang di[eang oleh Nadiah. Dikoyak-koyakkan kertas itu. Syah membuang didalam tong sampah. Agak berat baginya untuk membuang kertas tersebut, tetapi demi mengelak dari diketahui oleh orang lain dan tidak mahu segalanya terbongkar, Syah terpaksa melakukannya.




##########################################################################



"Ida, aku ada benda nak cakap denan kau nih..."
"Erm...gud lux PMR ni erk. Kata nak masuk U sama-sama."
"Ok, kau pun, gud lux jugak k..."
"hai aku dengar kau nak kapel lepas habis PMR?"
"Eh, kau tahu mana nih?"
"Eleh, dah kecoh dah.. Aku pon dapat tahu dari budak-budak kelas kau." Ida bersuara.
"Tapi aku takut la nak kapel muda-muda nih, takut ditinggalkan. Nanti merana la."
"Erm, kalau hubungan tu dijalinkan berdasarkan kepercayaan antara satu sama lain, pasti ok lah."
"Ah, tu tak penting. Yang kau tu Ida, bila nak kapelnya?"
"ke kau dah ada oran yang disayangi? Takpayahlah nak secret2 dengan aku nih.." Syah berceloteh.
"Aku pun macam kau SYah, bukan masanya lagi sekarang nih. PMR la dulu."

Syah terdiam. alangkah seronoknya kalau Ida faham akan apa yan SYah rasakan.
Masa berlalu begitu pantas. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut telah berjaya mengharungi minggu peperiksaan PMR  dengan jayanya. Tetapi bagi Syah, mungkin masanya telah tiba untuk dia meluahkan segalanya kepada Ida.




####################################################################