Monday 25 June 2012

menghilangkan kesunyian

ni aku dpt dr 1 blog.. best2


# Maha Pencipta*

Kembalilah kepada Pencipta. Mohonlah petunjuk daripada-Nya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri. Kita juga lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat.

Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadap-Nya.

*# Perbaiki diri*

Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tetapi apa yang wajar dilakukan adalah memperbaiki diri daripada pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil.

Ketahuilah apabila anda sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai teman wanita atau lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas diri anda. Awas!

*# Bercuti*

Semasa berpasangan, percutian biasanya perkara yang agak merumitkan. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasangan, perbelanjaan dan destinasi.
Vacation

Semua ini harus menepati cita rasa anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya beberapa hari saja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak. Namun, ketahuilah ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa.

*# Jumpa kawan*

Seperti kebanyakan lelaki atau wanita, apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tetapi tidak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini menggamit kembali saat bebas ketika bersama mereka.

Sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda. Tidak percaya? Cubalah!

*# Bersenam*

Ketika bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum dan makan malam itu antara sebahagian besar yang memenuhi diari kehidupan lalu. Namun, ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama dengan perkara yang sedang anda alami ketika ini.

Apa kata anda lakukan senaman? Ketahuilah ini masanya anda membuang toksik dan lemak yang sudah lama terkumpul di dalam badan.

Aktiviti riadah juga memungkinkan anda berpeluang bertemu dengan wanita atau lelaki yang lebih baik.

*# Kembali nakal*

Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa yang sudah melupakan zaman kanak-kanak, kebiasaannya mereka tidak ceria dan tidak mempunyai nilai jenaka.

Sesetengah wanita pula tidak suka lelaki yang nakal kerana rasa dirinya tercabar. Sebab itu ramai lelaki biasanya cuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku seketika apabila bersama teman wanita.

Apabila kembali solo, peluang untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dulu boleh dilakukan. Bagi wanita, apabila keadaan emosi sudah stabil kembali, kebanyakan mereka suka membeli-belah.

*# Bermesra bersama keluarga*

Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu lebih-lebih lagi apabila kita sudah berumah tangga atau bersama kekasih.

Keluarga pula mula jatuh pada ranking kedua manakala pasangan diberi lebih tumpuan. Ketahui masa yang anda miliki ini elok digunakan sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan anda dan keluarga.

*# Terokai dunia baru*


Elak daripada melakukan aktiviti yang tidak membuka minda. Sebaliknya, terokai dunia baru yang lebih mendamaikan dan bermakna.
Exploration

*# Sukarela*

Untuk mengurangkan rasa bosan, kunjungi rumah anak yatim, orang tua atau pusat pemulihan untuk melakukan kerja sukarela.

Tempat sebegini biasanya mampu membuka dimensi baru dalam pemikiran. Malah anda akan sedar, masalah anda sebenarnya jauh lebih kecil daripada masalah mereka.

*# Pandang ke hadapan*

Buang memori bekas pasangan anda jauh daripada fikiran. Berikan perhatian pada apa yang akan berlaku kemudian misalnya bersama bakal kekasih. Capai angan-angan dengan usaha gigih bersama keyakinan diri yang tinggi.

streeessss...!! ahihaaa

hari ini...
hurmm... prestasi aku makin kurang..
momentum belajar pon dh mkin down..
macam2 dh kurang..
macam2 aku pikir..
mcm2 perasaan dlm diri aku nih..
whywhywhywhywhywhywhywhywhywhy..???

aku rase pelik dgn aku arini..
aku bru je blik dr kmpung td...
bile aku balik..
aku tringtkan study.. plus si DIA..

bile aku jmpe DIA.,, 
xde respon yg bgus lngsung.!!!

dan aku terase kerinduan kpda MEMBER si DIA..
hati aku dh mcm berbelah bagi..
aku terpikir si MEMBER dan si DIA dalam satu masa yg sama
aku gk tebyang sikit2 SIMEMBER dan si DIA dalm mase yg sama.

MEMBER dh xde mase skrng nih..coz die dh balik,,
yg tinggl DIA.. 
mase aku kt rumh.. tindak tanduk DIA seakan2 xsbr nk tunggu aku blik,
DIA ade call aku,, mcg aku,, tweet aku,,
aku dh rase yg sebetul2 betulnye DIA memng xsbr nk tngu aku blik..

tp bila aku balik,, 
DIA xbg respon yg bgus lngsung!!!
hampeh!!!
serius aku memikir!!!
aku streezz!!
dan aku terase sgt2!!
aku xtau pe yg aku nk wt..!!
sampai aku rase mlm nih aku nk senyp2 xnk berhubung dgn DIA!!!

aku nk melarikan dri dr DIA!!!
aku nk senyp dr DIA..
dan pd masa yg sama gaklah aku terpikirkan 
MEMBER!!!
serius skrng nih aku tepikirkan MEMBER..!!

selalunyer MEMBER akn pngil aku dr jauh.
MEMBER akn nyanyikan aku lagu..
MEMBER akn gelak xcukup nafas..hhehe
dan aku sangat2 rindu saat2 bersama MEMBER..!!!

mane MEMBER......????????
rindu kot...!!!!!!

yg aku rase skrng,, sunyi.
rase sunyi dlm hati..
rase snyi tnpe rakan2..
rase keseorngan,,'
mcm2 yg aku pikir..

serius rasa sunyi giler2..
aku perlukan rakan2 yg dpt hilangkan perasaan sunyi aku nih..!!!!

aku doa sgt2 moge2 sunyi nih akn hilang!!!!

ataupun Tuhan dh jadikan sunyi ni dkt aku,, 
supaya aku lbh dkt dgn NYA..

supaya mlm nih aku boleh hbiskan masa dgn NYA,
berdoalah selagi masih ada masa..

mohonlah kpd NYA..

#################################################################################
YA ALLAH,, HARI INI AKU TERASA SATU KESUNYIAN DALAM HATI INI YA ALLAH,, KAU TOLONG LAH PULIHKAN KEMBALI HATI INI DARI RASA KESUNYIAN DAN GEMBIRAKANLAH HATI INI. AKU MOHON KEPADAMU YA ALLAH,, BAGILAH HIDUP AKU SENTIASA GEMBIRA, CERIA, SERONOK BERSAMA RAKAN-RAKAN DISEKELILING TANPA RASA CURIGA, DENGKI DAN CEMBURU. KEMBALIKANLAH PERASAAN GEMBIRA DAN KETENANGAN MU YA ALLAH... AMIN.. SEMOGA ALLAH MEMPERKENANKAN.. AMIN YA RABBALALAMIN...
#################################################################################

Sunday 10 June 2012

hahaha...kisah dgn ***K

nilah kisahnya..aku dengan budak yg aku post arituh dah semakin baik.. hubungan kami semakin rapat.. dan aku dah mula sayang dia.. macam2 kami dah bersama.. jalan2,, borak.. dan dia dah mcm2 dia luahkan perasaan dekat aku..
sekarang aku dh rasa yang dia nih (hari ini) macam lain sikit r..
dia macam emo skit..
aku pon xpasti sebab per??
 mungkin ade r sebab nyer kot..

 cume aku malas nk pkir sangatlah..
biarlah dia..
coz jap lagi aku nk ezam dah..
aku malas nk pikir perkara2 yg x sptututnya aku pikir..
wahahahaahaa

xpe2,, t petang aku g tnaye die.. cume.. doa aku untuk kami semua....

 Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanyamenyekat perhubungan dgn insan lain.
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
1 1. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.


Read More: http://www.mamat.my/2012/03/adab-bersahabat.html#ixzz1xRtojTuc